fbpx

Tentang Kami

NAT TOUR SDN BHD dahulunya dikenali sebagai Nur Aminn Travel & Tours Sdn Bhd telah diperbadankan pada 12 Ogos 2003. Dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, NAT TOUR SDN BHD dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputra dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia .

Ini adalah perlu bagi memastikan perkhidmatan NAT TOUR SDN BHD dapat diperluaskan kepada sektor kerajaan khususnya perjalanan pegawai kerajaan. NAT TOUR SDN BHD adalah ahli aktif MATTA dan BUMITRA MALAYSIA.

 

Pakej Inbound dan Outbound terutamanya Umrah & Ziarah adalah antara perniagaan utama yang dikendalikan oleh NAT TOUR SDN BHD. Selain itu, perkhidmatan produk pelancongan berkaitan seperti MICE, tempahan bilik hotel, lawatan insentif berkumpulan, lawatan bandar, sewa van dan bas persiaran, permohonan VISA adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sedia ada dan akan datang. Kini, NAT TOUR SDN BHD telah memasuki tahun ke-13 beroperasi dan merupakan antara ejen utama yang menawarkan dan menyediakan perkhidmatan Umrah & Ziarah. NAT TOUR SDN BHD juga sedia mengeluarkan tiket melalui waran (WPUA/WPM) untuk perjalanan pegawai kerajaan.

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan negara, NAT TOUR SDN BHD akan terus mempromosikan pelancongan domestik melalui ejennya di luar negara terutama pakej pelancongan bajet.

Visi

Menjadi antara agensi pelancongan Bumiputera yang berjaya di rantau Asia dan memainkan peranan penting dalam industri pelancongan serta bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan industri pelancongan, sekali gus meningkatkan sumber pendapatan negara.

Misi

Bagi mencapai misi kami, NAT TOUR SDN BHD akan menawarkan program pelancongan yang akan menepati citarasa dan bajet semasa mengikut keselesaan pelanggan dengan harga pakej dan tiket yang menarik

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : Nat Tour Sdn Bhd
No Pendaftaran : 624676-W
Tarikh diperbadankan : 12 Ogos 2003
Alamat : No 20-1, Jalan 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi 43650 Bangi, Selangor
Nombor Telefon : +603-89265384
Email : admin@nattour.com.my

Servis yang kami tawarkan

Nikmati Umrah dan percutian yang bermakna bersama kami.

Jejaki Kami

Nattour Sdn Bhd
No 20-1, Jalan 8/36, Seksyen 8,Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

☏ +60 3-89265384
✉ admin@nattour.com.my

Perkhidmatan Kami

Tiket Penerbangan
Pakej Kembara Luar Negara
Visa Umrah
Pengangkutan
Qurban & Aqiqah

© All Rights Reserved 2023